Search This Blog

Search This Blog

Tuesday, 8 July 2014

Merah Jambu

Jesie buang tabiat. Pandai memilih warna kesukaan. Merah jambu!

Baju dan seluar dari warna lain dilontar ke tepi. Tak nak pakai!

Ni yang ada di badan tak nak ditukar dengan baju lain. Pakai sampai tiga lapis. Semuanya warna merah jambu. Baju baru dipilihnya sendiri masa keluar berjalan tadi.

Atuk dan Nenek sudah pening kepala. Tak nak, tak boleh paksa. Nak, kena beli...

Oh, Jesie pandai memilih dan tahu apa yang dia nak sekarang!

Beg plastik, berisikan bajunya dan sepupu yang lain diriba dari QBM sampai ke rumah. Tak ada sesiapa pun dibenarkan untuk menyentuh beg plastik itu.

Syukur, saya dapat semula anak saya suatu ketika dahulu.

####

Sebelum Jesie jatuh sakit dahulu, salah satu sifatnya adalah degil.

Kalau dia berkehendakan sesuatu, mesti diberi. Tak diberi, dia akan menanggis mengemop lantai.

Tak suka, tak boleh paksa atau dipujuk! Tidak tetap tidak... umurnya baru 3 tahun lebih ketika itu.

Sekarang, hari demi hari saya nampak Jesie ke arah sifat asalnya semula.

Dia tahu marah, dia boleh mengamuk. Terutama sekali dengan Daddynya. Tetapi Daddynya... penyayang dan penyabar teramat dengan anak. Dipukul, diamuk, kena lontar dengan botol air pun dia masih cool lagi.

Begitulah, keadaan Jesie sekarang... pandai marah, merajuk dan melawan.

Petang tadi, pujukkan saya tak menjadi bila menyuruh Jesie menukar baju merah jambunya. Sehinggalah Daddy balik dari kerja... anak perempuan dengan bapa talking.

Hurm, saya jeling dari dapur... sekelip mata baju merah jambu sudah ditukar dengan baju putih dan seluar pendek.

Entah apa petua si Daddy sehingga Jesie boleh menurut katanya.

Kelmarin pula, balik dari kerja... saya buka buku lukisannya. Hampir nak pengsan saya melihat... setiap helaian buku tersebut diwarnakan dengan warna merah jambu.

"Dia tak mahu guna warna lain. Nak merah jambu tu sahaja." Ibu mengadu.

Petang tadi duduk tepi Daddy mewarna... pandai pula menggunakan bermacam warna tanpa suruhan.

Agaknya dengan Atuk dan Nenek... dia mengawal keadaan.

Bila dengan Daddy... dia manja, dia menurut kata.

No comments:

Post a Comment