Sebelum saya meneruskan tulisan di dalam blog ini. Izinkan saya memperkenalkan diri saya dan anak tunggal saya.
Inilah keadaan kami berdua sebelum Jesie(anak perempuan/anak tunggal) saya sakit. Gambar ini di ambil, bulan June 2011.
Jesie dilahirkan masa kandungan saya dalam usia 35 minggu. Boarder Line Pre Mature Baby. Dengan berat badan 3 kg. Dua minggu ditahan di hospital kerana paru-parunya belum cukup kuat untuk memproses gelembung udara.
Perkembangan Jesie seperti kanak-kanak lain. Tiada banyak masalah dan dia adalah anak yang bijak. Semasa umur 4 tahun, dia sudah mahir bercakap dalam 6 bahasa (Iban, Punjabi, English, BM, Mandarin dan Tamil).
Namun, kegembiraan itu tidak lama... pusingan roda yang di atas berpusing deras sehingga menyumbat Jesie ke dasar yang paling dalam sekali. Itulah, takdir perjalanan Jesie yang telah ditentukan oleh Tuhan sebelum kelahirannya lagi.
Saya dan suami sebagai pengalas akan beranggungjawab sepenuhnya terhadap nasib anak. Akan berusaha selagi terdaya. Tiada sesalan, hanya berlandaskan keredhaan dan ketakwaan kepada dugaan yang maha besar ini.
Proses penulisan kisah Jesie mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Kerana blog ini... akan saya sumbangkan kepada setiap individu yang sama senasib. Untuk dijadikan panduan dan mempelajari perjalanan hidup Jesie.
Di mana ia, merangkumi..
1) Sebelum Sakit
2) Semasa Sakit
3) Pemulihan
- Bangun melawan kesan Hemispherectomy selepas proses memberhentikan serangan sawan.
- Penulisan akan saya lakukan sepanjang hayat. Selagi nyawa di kandung badan.
- Penulisan akan diteruskan oleh Jesie sendiri (suatu hari nanti... dengan izin Tuhan)
- Atau akan saya serahkan kepada penjaga terdekat Jesie. Itupun kalau ada yang sanggup menulis, menyambung usaha saya.
Niat saya satu sahaja...
- Blog ini adalah sumber rujukan kepada ibu bapa kanak-kanak Rasmussen Encephalitis.
Dari masa ke semasa saya akan selitkan pengalaman harian yang mengujakan atau jalan buntu yang ditemui. Setenggah tulisan akan ada dalam bahasa Inggeris. Mengikut kesesuaian mood saya pada ketika itu.
Tetapi cerita atau tulisan secara mendalam akan saya lakarkan dalam Bahasa Malaysia.
Kenapa?
- Sebab saya percaya semua Malaysian celik Bahasa Malaysia.
- Memudahkan individu yang tak berapa fasih berbahasa Inggeris.
- Saya nak apa yang saya tulis bukan sia-sia sahaja. Tapi membawa manafaat kepada semua.
Salam perkenalan dari kami sekeluarga. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan pesanan di ruang komen. Ada masa saya akan reply secepat mungkin.
Sekian.
Dave, Asiah dan Jesie.
